IPCMC Now!

Join the e-mail campaign!

You can either use the links to send an email directly, or you can copy and paste this text as you need to!

English

Subject: Establishment of the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC)

Dear Sir/Madam,

I am writing to you with regards to the string of tragic incidents that have happened in the last six weeks. On the 27th of May, 2021, 21-year old Surendran Shanker died at the Kluang hospital less than a month after being moved to the Simpang Renggam prison. This tragedy took place just a week after security guard Sivabalan Subramaniam died less than an hour after being taken into the Gombak district police station. The Gombak district police station was mired in controversy just over a month ago, when cow milk trader A. Ganapathy also died in police custody in the same police station. These custodial deaths have deeply affected not only the Malaysian-Indian community, but other Malaysians as well. The police have denied any wrongdoing, and have instead warned the public against making any comments on the matter or risk facing prosecution in regards to A. Ganapathy's case.

I implore you to push for the establishment of the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC). The deaths of Ganapathy and Sivabalan, as well as that of Kugan Ananthan, Sugumar Chelladury, Karuna Nithi Palani Velu, Dharmendran Narayansamy, Balamurugan Suppiah and countless others have served to further tarnish the reputation of the Malaysian mocracy, as well as Malaysians from all walks of life now call upon the government to introduce the IPCMC, in order to put a stop to needless deaths in police custody.

An independent and civilian oversight body to investigate complaints against police personnel is of utmost importance now. Too many lives have been lost and too little has been done to address this issue. The deceased deserve justice, and the Malaysian public deserves greater accountability from the police. The establishment of the IPCMC will be a step in the right direction not only in ensuring a transparent police force, but also in giving Malaysians the confidence that the police can be trusted in carrying out their duty in protecting and safeguarding the public.

The deaths of these men in custody are a deep blemish on Malaysia’s criminal justice system. I urge you to raise this matter and call upon the federal government to act on this police force. Malaysians now live in fear of losing their lives when asked to present themselves at police stations. There is a severe erosion in trust towards law enforcement authorities. The Malaysian Bar and the Teoh Beng Hock Trust for Democracy have already called upon the government to establish the IPCMC, and now we, the Malaysian public, call upon you to do the same too.

We hope to hear a favourable response from you, and we thank you for your service to the Malaysian public.

Bahasa Malaysia

Subject: Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)

Dengan Segala Hormatnya Yang Amat Berhormat/Dato/Datin/Tuan/Puan,

Per: Kematian dalam tahanan polis

Merujuk kepada perkara di atas.

Malaysia, tanah tumpahnya darah kami.

Kami selaku rakyat Malaysia dan masyarakat kaum India mewakili suara rakyat dan masyarakat kaum India yang telah ditindas, ditekan dan disunyikan serta dipadamkan selama 64 tahun sejak bebas dijajah oleh koloni British.

Kami menyalurkan sesalinan surat ini kepada pihak Yang Berhormat sehubungan dengan kematian seorang anak muda, Surendran Shanker, di Hospital Kluang kurang sebulan selepas dipindahkan ke Penjara Simpang Renggam. Kematian mendiang Surendran menyusul hanya seminggu selepas kematian seorang pengawal keselamatan bernama Sivabalan Subramaniam telah meninggal dunia lebih kurang dalam satu jam setelah beliau ditahan dan dibawa ke Balai Polis IPD Gombak, dan enam minggu selepas A. Ganapathy meninggal dunia setelah ditahan di balai polis yang sama.

Kematian ketiga-tiga lelaki ini telah menjadi viral di laman sosial media dalam masa yang singkat dan ramai rakyat Malaysia yang telah meluahkan perasaan mereka atas sebab-sebab yang terang lagi bersuluh.

Tiga kematian lelaki India dalam masa lebih kurang sebulan ketika berada dalam tahanan pihak polis yang berlaku di balai polis yang sama telah mencetuskan kontroversi di kalangan rakyat Malaysia, khususnya masyarakat kaum India, yang hanya merangkumi 7% populasi di negara kita.

Banyak persoalan mengenai kematian seseorang dalam tahanan polis yang terpaku dalam minda rakyat Malaysia yang wajib didengar dan dijawab oleh pihak-pihak yang tertentu. Ramai rakyat yang telah meluahkan perasaan sedih, marah, hairan dan takut di laman sosial sehubungan dengan kematian saudara Sivabalan, A. Ganapathy dan saudara Surendran.

Namun demikian, pihak polis telah memberi amaran kepada masyarakat awam agar tidak membuat sebarang komen tanpa asas berkenaan isu kematian A. Ganapathy.

Suara dan luahan hati rakyat ditindas, sekali lagi.

Kematian Ganapathy, Sivabalan, Surendran, Kugan Ananthan, Sugumar Chelladury, Karuna Nithi Palani Velu, Dharmendran Narayansamy, Balamurugan Suppiah dan ramai lagi dalam tahanan pihak PDRM telah mencungkil kecurigaan rakyat Malaysia terhadap penyalahgunaan kuasa segelintir pegawai yang memberikan kesan impak negatif terhadap negara demokratik kita.

Kami dengan rendah diri dan segala hormatnya menyeru pejabat Pihak YAB dan kerajaan untuk melulus dan menguatkuasakan IPCMC dengan kadar segera demi keadilan dan kesaksamaan seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.

Penubuhan IPCMC adalah diwajibkan bagi tujuan menyiasat kes kematian dalam tahanan polis yang semakin mendadak. Langkah-langkah proaktif dan efektif wajib diambil agar nyawa orang dapat dilindungi /diselamatkan.

Penubuhan IPCMC merupakan langkah pertama ke arah keadilan demi memastikan pihak PDRM menjalankan tugas dalam melindungi keamanan dan keselamatan rakyat dan negara dengan telus dan berwibawa.

"Polis dan Masyarakat berpisah tiada"

Slogan ini dapat dicapai dengan sempurna hanya jika rakyat Malaysia, terutamanya kaum masyarakat India tidak berada dalam keadaan ketakutan dan kegentaran setiap kali mereka berdepan dengan pihak Polis, samada di sekatan jalanraya, mahupun dalam tahanan polis, tidak kira sama ada mereka ditahan untuk sesuatu kes jenayah, ataupun dipanggil hadir ke balai untuk memberi keterangan bagi tujuan membantu penyiasatan pihak PDRM.

Oleh yang demikian, kami dengan segala hormatnya memohon kepada budi bicara pihak Yang Berhormat untuk menubuhkan Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) untuk menyiasat kematian dalam tahanan polis yang semakin meningkat dalam Malaysia demi menjamin keadilan kepada keluarga mangsa yang terkilan dan melindungi keyakinan serta kepercayaan rakyat terhadap pihak PDRM.

Segala kesulitan yang timbul adalah amat dikesali kami dan kami mendahului dengan ribuan terima kasih.